Thursday, July 1, 2010

CUT EPAL A

Suatu malam, terjadi satu perbincangan antara diriku bersama seorang teman.
Terlontar satu persoalan dalam diriku, bagaimana mahu menjadi seorang yang positif.
katanya, "apa yang penting, selalu letakkan diri dalam situasi orang lain, iaitu empati."
sebagai seorang pemimpin, kita perlu ada CUT EPAL A.
Apa itu CUT EPAL A ?
C-caring
U-understanding
T-tolerance
E-empathy
P-positive
A-attribute
L-learn
A-appreciate
apabila kita meletakkan diri kita dalam situasi orang lain ( empathy) , insya Allah, perkara lain akan turut sama hadir dalam diri..
Hati yang amat dihargai di sisi Allah ialah hati yang suci bersih dari sebarang maksiat, syubhah, hasad dengki dan seterusnya perkara perkara yang makruh atau yang dibenci oleh Allah. Sebab itu Rasulullah s.a.w sentiasa berdoa kepada Allah dengan sabdanya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon darimu hati yang suci bersih’
Walaupun Rasulullah s.a.w seorang yang maksum, tetapi ia sentiasa berdoa supaya hatinya suci bersih. Hal ini adalah bertujuan sebagai pengajaran kepada umatnya.
‘Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan tidak kepada tubuh badan kamu, dan sesungguhnya Allah tetap melihat kepada hati kamu dan segala amalan kamu yang berlandaskan keikhlasan hati.’
KECERIAAN PADA WAJAH AKAN TAMPAK BILAMANA HATI CERIA, BERSIH DAN SIHAT.

1 comment: