Sunday, December 19, 2010

Bond of love-Raihan

Why are you sad
Why is it so bad
When someone leaves you behind ...
Dont you ever know
Dont you realize
Its just a part of life
When you fall in love with someone sometime
You smile with a broken heart
Only fall in love with Allah
The bond of love survive.

Friday, December 17, 2010

monolog sang ibu

ibu&ayhku..
baru ku sedar mengapa begitu pyh utk dirimu melepaskan ku..suatu hr nnt aku juga akn merasai perasaan seorang ibu dan ayh tatkala perlu melepaskn puterinya pergi..ya Allah,ampunilah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi sejak kecilku..Amiin ya robb

monolog insan bergelar seorang ibu dan ayah "beratnya utk melepaskan dia pergi. selama ini tgn ini yg membelainya. selama ini hati ini yg selalu bimbangkannya. sejak suara tangisnya yg pertama, aku begitu mengasihinya.. namun, dia bukan selama milikku. rumah ini cuma persinggahan dlm perjalanan menuju kedewasaan. kini, sudah hampir masanya kau pamit. walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yg boleh menahan perjalanan waktu?Siapakah aku utk menahan realiti kedewasaanmu, anakku? Maafkan aku wahai anak..bukan aku tdk tega, tetapi krn terlalu cinta! sejak dulu, hati ini sering tertanya-tanya, apakah ada insan lain yg boleh menjagamu sepenuh hati. sejak bertatih aku melihat jatuh bangunmu tanpa rasa letih. Siapakah yg membalut luka hatimu dlm kembara itu nanti? Aku jauh..Bila segalanya bertukar tangan, amanah akn diserahkan. aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat. Cinta bukan bererti mengikat tetapi melepaskan. Kau umpama ank burung yg telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan,meninggalkan sarang.Apakah aku terlalu dungu utk terus membelenggu? Puteriku, kau terpaksa ku lepaskan...:(

Friday, November 12, 2010

tamat sudah sebuah perjuangan..

salam ukhuwah buat kawan2..
sedih pulak ye.. 5 tahun setengah kita berkawan, dalam satu kelas yang sama , x ubah-ubah. kalo orang lain, may be bertukar2 kuliah.
emm,, kami...banyak kisah kami..tak terungkap.. hehehe
yang dah kaweh sekelas pon ada.. menantikan kelahiran anak sulung.. jadi makcik dan pakcik la kami ni.. huhu
dahulu...masih hingusan.. ingat lagi wajah2 korang.. childish. wawawa.. sekarang?? dah matang semuanya..
bila kenal lama, macam2 perkara kita tahu kan.. maafkanlah atas segala kelemahan yang telah terbongkar, kita manusia biasa
kita bakal dipostingkan.. tapi xtahu kat mana.. semoga ukhuwah yang terjalin sentiasa mekar dan tak luput dari ingatan.
secebis lagu buat teman..
Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan
Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya
Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran
Bersama teman - teman
Harungi kehidupan
Oh indahnya
Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah meninggalkan semua
Kasih dan cintaYang terbina
Diakan selamanya
Slamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita
Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan
Tetapi kuakur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman
smart solat camp 2006
seminar bahasa arab 2008
jamuan akhir (10/11/2010)

Thursday, October 21, 2010

being far or being near..

Being far or being near,
Someone close will always there, The scattered pieces that he found,
Patiently he picks to make them sound.
...Broken pieces that she has,
She'll never throw them away,
Be strong and still, what she does best,
She will hold on, so she just stay.
Let not the grief be with you
The kind of you is very few, Heal you heart with all the love,
That Allah has given, and he is always close.
Wipe the tears and don't be sad,
Lets try to forgive and try to forget,
Stay here and just remain,
And let the pieces just be attached again...

Monday, October 18, 2010

.........sembang2 penulis novel...........

fatimah syarha:
"Kalau kita suka keluar dengan lelaki, insyallah kita ada suami yang suka keluar dengan perempuan. Kalau kita suka menjaga diri, insyallah kita akan dapat jodoh yang suka menjaga diri. Pilihlah nak yang mana?... Allah bagi pilihan walaupun ada konsep takdir. Takdir boleh berubah dengan usaha dan doa."
ditanya oleh sahabat yg lain: "'Takdir boleh berubah dengan usaha dan doa'? Boleh bg penjelasan yg lbih jelas? Cmne lau ALLAH dh tntukn JODOH kte?"
fatimah syarha: "Berkaitan jodoh kita, semuanya DAH ADA DALAM ILMU ALLAH. Bagaimana peribadi orangnya itu, bergantung pada PILIHAN kita sebab Allah dan janjikan wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya. Kalau kita pilih amalan orang yang bergaul bebas, maka adillah bagi Allah menentukan peribadi jodoh kita orang yang suka bergaul bebas juga. Jika kita suka membaiki diri, insyallah jodoh kita pun seorang yang suka membaiki diri. PILIHLAH nak peribadi yang mana, Kemudian tentukan siapa orangnya.."

Tuesday, October 12, 2010

perginya seorang nenek..

al fatihah
(Khatijah binti Awang)
perginya seorang nenek yang ku panggil tok. sorang je tok yang ku sempat kenal. tok tiri ada la kenal. tok, ibu kepada makku.
huhu lama tok sakit. tok ada kanser otak. dah 5 tahun ada, baru sedar bila tok banyak berubah dari segi fizikal dan sebagainya.
bila baca quran, teringat tok. dulu, tok yang ajar baca quran. banyak masa kecil dihabiskan bersama tok.
tok pergi pada hari selasa 12 oktober (4 zul kaedah 1431). time ni, ku ada presentation AR. sepatutnya, ku present hari ni, tapi Allah izin, setelah dibubar beberapa kali, ku dpt present 13 okt. Alhamdulillah.. sempat juga balik tengok tok buat kali terakhir.
semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan soleh. Amin..
raya terakhir bersama tok

Friday, October 8, 2010

HATIMU UNTUK SIAPA?

Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?
Mak jawab, kedua-duanya bukan..
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.
Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya, mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.
Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah.. mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..
Saya memintas, Tak faham..
Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi.. Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah... Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba kakak renungkan.. kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .
Kakak..
Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.
Redha Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..
Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
jodoh saya??

Wednesday, September 8, 2010

raya, raya, dan raya..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..
ana maaf zahir dan batin ,
bila dah lama kenal, banyaklah kelemahan dan keburukan yang kita tau tentang diri seseorang kawan. untuk itu, ana pohon maaf dari insan2 yang mengenali diri ini atas segala kesilapan berbahasa, penulisan, perbuatan secara sedar maupun x sedar.
teringat ketika zaman kanak-kanak suatu ketika dahulu, seronoknya balik kampung. perjalanan dari ipoh ke baling mengambil masa selama 2 jam. waktu tu, kereta pon toyota corolla merah bernombor pendaftaran AX6895 . takde radio.. kami adik beradik apa lagi, nyanyi la lagu sudirman tu.. lagu balik kampung. hehe.. bile dah penat, sume tido..
tinggal abah meneruskan pemanduan nya, sambil nasyid.. sedap juga suara abah.. (bekas pasukan nasyid sekolah kot dulu.. MMAS)
kalo dulu, tok masih sihat. seronok buat ketupat dengan tok.. selalulah. tak kira raya ke tak, tok rajin buat ketupat dengan cucur peneram ( setengah orang panggil telinga keling, heee). nanti eden upload gambar eden anyam ketupat kicik-kicik dulu yek.. hehe
by the way... selamat hari raya~
satu hari di hari raya>>> ewah.. main pasir la pulak..

jOdOh??

“Kak, kenapa ye, selalunya lah kan, lelaki, walau nakal mana pun, dia suka pompuan baik?”
“Adik, fitrah manusia tu sukakan kebaikan.”
“Emmm, kak.. yang syarat dinikahi perempuan kerana 4 perkara tu: kecantikannya, hartanya, keturunannya, agamanya. Syarat tu untuk laki je ke?’’
“Xde lah dik. Syarat tu juga untuk perempuan dalam memilih bakal suami.’’
“Habis tu, kenapa bunyi macam tuju kat laki je?
“Emm, biasanya lelaki yang meminang perempuan. Tetapi , perempuan pun berhak menentukan siapa bakal suaminya. Perempuan juga boleh meminang lelaki.. contoh dah ada. Sayidatina Khadijah, melihat keperibadian rasulullah yang unggul, beliau meminta seseorang untuk bertanya Rasulullah. Takde lah beliau gi tanya terus kepada Nabi..”
“Ooo, cam tu.. emm akak.. hehehe”, adik melihat kepada ku dengan senyuman nakalnya..
“Kenapa ni dik?’’ tanyaku kehairanan.
“Akak dah ada pakwe?”
Gulp.. soalan cepu mas betul adik nih.Sejujurnya, aku agak kurang senang menerima soalan sebegitu.
“Takkan takde kawan kot?’’ Tanya adik, menagih jawapan dariku.
“Hahaha,’’ tertawa aku mendengar soalan adik.
“Kawan? Mesti lah ada. Adik nih..”
“Kawan lelaki lah….” Kata adik lagi. Mungkin kurang berpuas hati.
“Emm, adik , akak berkawan dengan semua orang, lalaki ke, perempuan ke... Selagi dalam konteks belajar..”
“Takkan tak de orang bertanya?”
“Ada tu , ada dik. Tapi akak tolak dulu. Akak nak tumpu dulu.”
“Orang lain pon belajar juga. Tapi, ok je ada pakwe..”
“Ikut orang lah. Dalam situasi diri akak, akak tak boleh buat 2 kerja dalam satu masa. Lagi satu, akak rasa lalai je. Fikiran asyik teringat, menagih sms muncul tiba. Daripada memudaratkan, lebih baik stop dahulu. Langkah seterusnya, apabila akak dah bersedia, dan orang di sana pun bersedia, akak harap orang tu datang jumpa mak ayah akak. Mak ayah akak pesan, calon tu mesti yang boleh jadi imam solat anak dia, boleh baca alQuran, dan tidak menzalimi anak dia. Dan akak harap my future husband bukanlah smoker. Sebab akak memang x tahan dengan bau rokok. Family akak setakat ni tak de lagi lah yang merokok."
Perbualan kami berhenti setakat itu sahaja.
Ku imbas kembali perbualan petang itu. Agak lawak pula perbualan yang berlaku antara DIRIKU dan ADIK ANGKATKU.
Tapi, hakikatnya, memang lah di usia 23 ini, ku rasakan perlu berfikir dan merangcang untuk untuk tujuan itu..siapa tidak mahu membina rumah tangga yang dipenuhi mahabbah, rahmah dan sakinah. Maklumlah, beberapa orang teman sekelas telah selamat mendirikan masjid. Pernah seorang teman bertanya, bila kamu nak nikah? Ku jawab, xde calon lagi laa.. katanya: tu lah hang, bukan xde orang nak, tapi hang tu yang memilih sangat.
Emm, memilih kah aku? Huhu. Bukan begitu.. kalau lelaki ada criteria yang dia nak, perempuan juga begitu. Kalau lelaki damba isteri solehah, perempuan juga dambakan suami soleh. Untuk bercinta? Aku tidak menolak cinta. Itu perasaan fitrah. Semua orang ada perasaan tu. Ingin disayangi, diambil berat.. ku tak berani ambil risiko. Takut memberi harapan pada orang dan takut menaruh harapan dari orang. Ku hargai huluran persahabatan. Tapi buat masa sekarang, biarlah atas dasar ilmu, saling menolong untuk majukan diri . Untuk selebihnya, ku rasa tidak mampu.
Nak layanan dari seorang kekasih? Ku rasa aku bukan orangnya. Ku x pandai nak melayan orang. Maaf ye ‘kawan’.
Pesan mak ayahku, amalkan doa setiap hari, moga beroleh pasangan yang baik, anak2 penyejuk mata. Kata mereka, sejak bujang lagi mereka mengamalkan doa ini sehingga sekarang. Dan aku? Aku cuba mempraktikkan dan mengamalkannya setiap kali usai solatku.
ربنا حبلنا من أزواجنا وزرّÙŠّاتنا قرّØ© أعين، وجعلنا للمتقين إماما
Ku yakin dengan Allah SWT..janji Dia pasti. Orang yang baik,untuk yang baik.
Tok nenek kata, cari yang SAMA PARTI.. supaya x gaduh time PILIHAN RAYA. Hehehe. semestinya PAS le family aku nih. memang susah nak cari pemimpin yang sama dengan zaman khulafa'. tapi kita amik yang nak bawak islam tu dgn cara betul.
Pesan Mudir, ustaz/ustazah, Tarbiyyah (didikan agama) tu penting. Biar sesama ada tarbiyyah.. tapi kalau tak pon, peluang kamu untuk mentarbiyyah, menjadi daie, memikul beban dakwah kepada si dia.
Kata aku?? Beristikharahlah.. aku pon taktau sape jodoh aku. nakkan SOLEHAH, berusahalah untuk jadi SOLEH. Nak yang SOLEH berusahalah untuk jadi SOLEHAH. Bagiku, aku inginkan orang yang faham ilmu agama, saling memahami, sama-sama membimbing. Tak semestinya dia seorang ustaz.
Kepada ‘kawan’, Berimanlah dengan Qada dan Qadar Allah. Berserah padanya dan banyakkan doa. KETENTUAN DIA KITA TAK TAHU. APA PUN REDHA. ( ini adalah pesanan oleh seseorang yang pernah ku admire dalam diam, time ayahku kena operate tahun lepas. Terubat juga kesedihan tika itu.. pesanan nya berbunyi: hope you strong to face it. Iman bil qada’ wal qadar.. Hehe. Pesanan ini akan ku ingat sampai bila2 =p)
Jangan lalai dek kerana mengejar cinta manusia, cinta Rabb tercicir.

Sunday, August 15, 2010

-UNTUKMU SAHABAT-

-UNTUKMU SAHABAT-
Aku menadah tangan bersyukur kerana Allah telah mengurniakan sahabat kepadaku..

Ya Allah, aku mohon agar Engkau sentiasa mencurahkan RahmatMu kepada sahabatku ini..

Wahai sahabat, akan ku berjanji jika semalam aku adalah sahabatmu,

hari ini aku masih lagi sebagai sahabatmu dan jangan risau mengenai hari esok.

Aku akan sentiasa menjadi sahabatmu..

Itulah janjiku kepadamu wahai sahabatku.

Dan itulah hadiahku kepadamu, kesetiaan seorang SAHABAT..

AMIN

Thursday, August 5, 2010

Calon Suami??

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan

al Fatihah buat tok bedah

20 julai 2007(selasa)
telah kembalinya Nenda Zabidah binti Idris.
isteri kedua datukku, Hj Md Noh.
tok bedah, seorang yang ceria dan open minded. pemergiannya sangat dirasai.
apa tidaknya, Allahyarhamah masih kuat berjalan.
teringat perbualan antara mama, diriku dan tok bedah pada petang ahad 18 julai, sebelum ku melangkah pulang ke rumah sewa. sambil ku bersalaman, mama berkata, "tengok tangan tok bedah, urat biru timbul kat tangan banyak''.
"hmmm, tangan orang tua... hahaha", gelak tok bedah..
memang menjadi rutin beliau pada waktu petang, menziarah rumahku.
preh..preh.. bunyi seliparnya menapak, diikuti salam, " assalamualaikum...".
kini tiada lagi.. (terngiang2 pulak)
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman
(1/1/1927 - 20/07/2010) - Al-Fatihah
tok pon sekarang dah dhoif sangat. tidur je. dah x de daya. tok tahun ni umurnya baru 69 tahun. memandangkan ada masalah otak, mengganggu sistem saraf, terlantar.. kuasa Allah.
gambar2 dibawah ni diambil pada hari raya Aidil fitri (tahun 2008)
buat pertama kalinya Hari Keluarga haji Noh diadakan.
program ini yang diilhamkan oleh makndak siah (klate)
tok (berbaju biru) & tok Bedah (berbaju merah)
keluarga besar (anak2 dan cucu cicit HJ NOH)

Wednesday, July 28, 2010

GURUKU... (sebuah perjalananku untuk menjadi seorang guru)

Title: Guruku
Artist: Brothers
Wahai guruku yang dikasihi
Engkaulah pelita diri ini
Menerangi hati nurani
Moga dirimu dirahmati
Menerangi hari nurani
Moga dirimu dirahmati
Ya AllahPeliharalah guruku
Agar dibimbing terus hambamu
Agar terhindar dari neraka
Moga Dibukakan pintu syurga
Agar terhindar dari nerakaMoga
Dibukakan pintu syurga
Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Menjadi Insan berguna
Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati
Ampunkanlah wahai guruku
kesilapan anak- anakmu
Kuserahkan jiwa ragaku
Agar terdidik nafsu liarku
Dengan izin Allahu Rabbi
Engkaulah guru yang sejati
Engkau bersabar mendidik kami
Moga dirimu diberkati
Ku datang dengan harapan
Pulang bawa kejayaan
Anugerah yang diimpikan
Tak terbalas jasamu
Berkorbanjiwa raga
Mendidik anak bangsa
Menjadi Insan Berguna Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung Warisan
Ilmu cahaya hati
Ampunkanlah wahai guruku
kesilapan anak- anakmu
Kuserahkan jiwa ragaku
Agar terdidik nafsu liarku
Dengan izin Allahu Rabbi
Engkaulah guru yang sejati
Engkau bersabar mendidik kami
Moga dirimu diberkati

Thursday, July 1, 2010

CUT EPAL A

Suatu malam, terjadi satu perbincangan antara diriku bersama seorang teman.
Terlontar satu persoalan dalam diriku, bagaimana mahu menjadi seorang yang positif.
katanya, "apa yang penting, selalu letakkan diri dalam situasi orang lain, iaitu empati."
sebagai seorang pemimpin, kita perlu ada CUT EPAL A.
Apa itu CUT EPAL A ?
C-caring
U-understanding
T-tolerance
E-empathy
P-positive
A-attribute
L-learn
A-appreciate
apabila kita meletakkan diri kita dalam situasi orang lain ( empathy) , insya Allah, perkara lain akan turut sama hadir dalam diri..
Hati yang amat dihargai di sisi Allah ialah hati yang suci bersih dari sebarang maksiat, syubhah, hasad dengki dan seterusnya perkara perkara yang makruh atau yang dibenci oleh Allah. Sebab itu Rasulullah s.a.w sentiasa berdoa kepada Allah dengan sabdanya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon darimu hati yang suci bersih’
Walaupun Rasulullah s.a.w seorang yang maksum, tetapi ia sentiasa berdoa supaya hatinya suci bersih. Hal ini adalah bertujuan sebagai pengajaran kepada umatnya.
‘Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan tidak kepada tubuh badan kamu, dan sesungguhnya Allah tetap melihat kepada hati kamu dan segala amalan kamu yang berlandaskan keikhlasan hati.’
KECERIAAN PADA WAJAH AKAN TAMPAK BILAMANA HATI CERIA, BERSIH DAN SIHAT.

Wednesday, June 30, 2010

~

To god confide thy cares
On him thy burden cast
He hear all thy prayers
And send relief at last
His never failing love
His wisdom sure and true
Bring comfort from above
And all thy hopes renew
My heart is sad, my eyes grow dim
Yet do I put my trust in him
And in due time, all sorrow past
In safety home
I’ll come at last.

selamat datang..

selamat datang ke Blog saya yang pertama..
hehe.. baru nak cuba buat sebenarnya..