Wednesday, September 8, 2010

raya, raya, dan raya..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI..
ana maaf zahir dan batin ,
bila dah lama kenal, banyaklah kelemahan dan keburukan yang kita tau tentang diri seseorang kawan. untuk itu, ana pohon maaf dari insan2 yang mengenali diri ini atas segala kesilapan berbahasa, penulisan, perbuatan secara sedar maupun x sedar.
teringat ketika zaman kanak-kanak suatu ketika dahulu, seronoknya balik kampung. perjalanan dari ipoh ke baling mengambil masa selama 2 jam. waktu tu, kereta pon toyota corolla merah bernombor pendaftaran AX6895 . takde radio.. kami adik beradik apa lagi, nyanyi la lagu sudirman tu.. lagu balik kampung. hehe.. bile dah penat, sume tido..
tinggal abah meneruskan pemanduan nya, sambil nasyid.. sedap juga suara abah.. (bekas pasukan nasyid sekolah kot dulu.. MMAS)
kalo dulu, tok masih sihat. seronok buat ketupat dengan tok.. selalulah. tak kira raya ke tak, tok rajin buat ketupat dengan cucur peneram ( setengah orang panggil telinga keling, heee). nanti eden upload gambar eden anyam ketupat kicik-kicik dulu yek.. hehe
by the way... selamat hari raya~
satu hari di hari raya>>> ewah.. main pasir la pulak..

jOdOh??

“Kak, kenapa ye, selalunya lah kan, lelaki, walau nakal mana pun, dia suka pompuan baik?”
“Adik, fitrah manusia tu sukakan kebaikan.”
“Emmm, kak.. yang syarat dinikahi perempuan kerana 4 perkara tu: kecantikannya, hartanya, keturunannya, agamanya. Syarat tu untuk laki je ke?’’
“Xde lah dik. Syarat tu juga untuk perempuan dalam memilih bakal suami.’’
“Habis tu, kenapa bunyi macam tuju kat laki je?
“Emm, biasanya lelaki yang meminang perempuan. Tetapi , perempuan pun berhak menentukan siapa bakal suaminya. Perempuan juga boleh meminang lelaki.. contoh dah ada. Sayidatina Khadijah, melihat keperibadian rasulullah yang unggul, beliau meminta seseorang untuk bertanya Rasulullah. Takde lah beliau gi tanya terus kepada Nabi..”
“Ooo, cam tu.. emm akak.. hehehe”, adik melihat kepada ku dengan senyuman nakalnya..
“Kenapa ni dik?’’ tanyaku kehairanan.
“Akak dah ada pakwe?”
Gulp.. soalan cepu mas betul adik nih.Sejujurnya, aku agak kurang senang menerima soalan sebegitu.
“Takkan takde kawan kot?’’ Tanya adik, menagih jawapan dariku.
“Hahaha,’’ tertawa aku mendengar soalan adik.
“Kawan? Mesti lah ada. Adik nih..”
“Kawan lelaki lah….” Kata adik lagi. Mungkin kurang berpuas hati.
“Emm, adik , akak berkawan dengan semua orang, lalaki ke, perempuan ke... Selagi dalam konteks belajar..”
“Takkan tak de orang bertanya?”
“Ada tu , ada dik. Tapi akak tolak dulu. Akak nak tumpu dulu.”
“Orang lain pon belajar juga. Tapi, ok je ada pakwe..”
“Ikut orang lah. Dalam situasi diri akak, akak tak boleh buat 2 kerja dalam satu masa. Lagi satu, akak rasa lalai je. Fikiran asyik teringat, menagih sms muncul tiba. Daripada memudaratkan, lebih baik stop dahulu. Langkah seterusnya, apabila akak dah bersedia, dan orang di sana pun bersedia, akak harap orang tu datang jumpa mak ayah akak. Mak ayah akak pesan, calon tu mesti yang boleh jadi imam solat anak dia, boleh baca alQuran, dan tidak menzalimi anak dia. Dan akak harap my future husband bukanlah smoker. Sebab akak memang x tahan dengan bau rokok. Family akak setakat ni tak de lagi lah yang merokok."
Perbualan kami berhenti setakat itu sahaja.
Ku imbas kembali perbualan petang itu. Agak lawak pula perbualan yang berlaku antara DIRIKU dan ADIK ANGKATKU.
Tapi, hakikatnya, memang lah di usia 23 ini, ku rasakan perlu berfikir dan merangcang untuk untuk tujuan itu..siapa tidak mahu membina rumah tangga yang dipenuhi mahabbah, rahmah dan sakinah. Maklumlah, beberapa orang teman sekelas telah selamat mendirikan masjid. Pernah seorang teman bertanya, bila kamu nak nikah? Ku jawab, xde calon lagi laa.. katanya: tu lah hang, bukan xde orang nak, tapi hang tu yang memilih sangat.
Emm, memilih kah aku? Huhu. Bukan begitu.. kalau lelaki ada criteria yang dia nak, perempuan juga begitu. Kalau lelaki damba isteri solehah, perempuan juga dambakan suami soleh. Untuk bercinta? Aku tidak menolak cinta. Itu perasaan fitrah. Semua orang ada perasaan tu. Ingin disayangi, diambil berat.. ku tak berani ambil risiko. Takut memberi harapan pada orang dan takut menaruh harapan dari orang. Ku hargai huluran persahabatan. Tapi buat masa sekarang, biarlah atas dasar ilmu, saling menolong untuk majukan diri . Untuk selebihnya, ku rasa tidak mampu.
Nak layanan dari seorang kekasih? Ku rasa aku bukan orangnya. Ku x pandai nak melayan orang. Maaf ye ‘kawan’.
Pesan mak ayahku, amalkan doa setiap hari, moga beroleh pasangan yang baik, anak2 penyejuk mata. Kata mereka, sejak bujang lagi mereka mengamalkan doa ini sehingga sekarang. Dan aku? Aku cuba mempraktikkan dan mengamalkannya setiap kali usai solatku.
ربنا حبلنا من أزواجنا وزرّيّاتنا قرّة أعين، وجعلنا للمتقين إماما
Ku yakin dengan Allah SWT..janji Dia pasti. Orang yang baik,untuk yang baik.
Tok nenek kata, cari yang SAMA PARTI.. supaya x gaduh time PILIHAN RAYA. Hehehe. semestinya PAS le family aku nih. memang susah nak cari pemimpin yang sama dengan zaman khulafa'. tapi kita amik yang nak bawak islam tu dgn cara betul.
Pesan Mudir, ustaz/ustazah, Tarbiyyah (didikan agama) tu penting. Biar sesama ada tarbiyyah.. tapi kalau tak pon, peluang kamu untuk mentarbiyyah, menjadi daie, memikul beban dakwah kepada si dia.
Kata aku?? Beristikharahlah.. aku pon taktau sape jodoh aku. nakkan SOLEHAH, berusahalah untuk jadi SOLEH. Nak yang SOLEH berusahalah untuk jadi SOLEHAH. Bagiku, aku inginkan orang yang faham ilmu agama, saling memahami, sama-sama membimbing. Tak semestinya dia seorang ustaz.
Kepada ‘kawan’, Berimanlah dengan Qada dan Qadar Allah. Berserah padanya dan banyakkan doa. KETENTUAN DIA KITA TAK TAHU. APA PUN REDHA. ( ini adalah pesanan oleh seseorang yang pernah ku admire dalam diam, time ayahku kena operate tahun lepas. Terubat juga kesedihan tika itu.. pesanan nya berbunyi: hope you strong to face it. Iman bil qada’ wal qadar.. Hehe. Pesanan ini akan ku ingat sampai bila2 =p)
Jangan lalai dek kerana mengejar cinta manusia, cinta Rabb tercicir.