Thursday, January 12, 2012

langkah pertama..

Dalam keserabutan kerana dilamar dua insan yang saya rasa hebat, betapa Engkau yang tahu perasaan dan gundah nya hati ini.. Tambahan pula tika saya menghadiri majlis seorang kawan yang saya kira rapat, bertemu pula seorang insan yang pernah hadir dalam hidup.
Makan tak lalu, tidur x lena.
Selang tiga hari selepas itu, saya bersama mama keluar ke pekan Baling. Sepulangnya kami, abah memberitahu kepada mama bahawa 'tok besan' telah menghubungi dia..
Allahu akbar.. serabutnya akal.. Tertanya- tanya. Mama juga begitu.
Rupanya, panggilan dari ayah seorang rakan sekolahku dahulu, telefon dengan tujuan melamar bagi pihak anaknya.. Abah telah memberi respon yang positif. Kenapa dengan tiba-tiba ku sedikit tersenyum dan hadir rasa tenang dalam hati, Waalhu a3lam.
Ketenangan itu dari Allah.
Petang itu pula, ibunya pula menghubungi ibuku, dengan tujuan yang sama. Allahu akbar.
Kami..
Memang kami satu sekolah, tetapi berlainan kelas.. Dia dari kelas 5 Sastera Lelaki, dan saya dari kelas 5Sains Perempuan.. Untuk kami saling mengenal adalah mustahil memandangkan kami selalu diingatkan tentang tatacara berhubung berlainan jantina. Dia langsung tidak mengenali saya. Saya ketika itu menyedari akan kewujudan insan tersebut.. Sekadar tahu nama je lah..

Di IPT
Pernah dia menghadiri IPG saya untuk perlawanan bola sepak. Friendly mungkin. Lupa sudah. Maklum lah ketika itu kami masih faoundation.. Ternampak kelibat dia dari jauh. Terlintas di hati, " Oh, kawan aku tu.." just that, tanpa sebarang pertemuan dan tegur menyapa..
FB..
Baru sahaja kami menjadi rakan muka buku itu.. Sekitar bulan oktober 2011. Itu pun sengaja saya tambah dia menjadi rakan kenalan, memandangkan dia pada waktu itu, menjadi guru ganti di sekolah yang dimana kawan saya ketika maktab ditempatkan.. Mungkin berlaku perbualan antara mereka yang saya sendiri tidak tahu. Wallahu a3lam.
    • salam~ bdk matri dulu kew??? ni mmbr A??

      wslm. aah.. sy kelas sains dulu..ya, satu mktb dgn A..satu opsyen.

      owh yeke...syni tak tau sgt sahibah..tu lacm blur2 awk add...teringat plak A ada cite..

      oh, xpe.. don't worry, sir. memang x dikenali pon.. hehe

Sekadar itu sahaja perbualan kami.. Selepas itu, langsung tidak pernah menegur.
Usaha mencari..
Tidak banyak yang saya usahakan untuk mencari calon. Hanya sekadar berdoa dan menunggu. Pernah suatu ketika, saya bersuara kepada seorang rakan sekelas (5 Sains P) dengan nada lawak melalui pesanan Fb..
"Maya, hang cari dekat aku sorang".
"Hang biaq betoi, takkan tak dak calon lagi kot?"
"Betul la, mana ada lg".
Perbualan kami terhenti di stu sahaja.
Suatu hari, (cuti sekolah sudah bermula) Maya menelefon saya memberitahu ada seorang sahabat, bakal guru, sedang mencari calon, (info yang dia dapat dari seorang teman karibnya) dan dia memberi tahu nama pemuda tersebut.. Peranan mereka hanyalah untuk meng'kenen' kan sahaja tanpa pengetahuan si pemuda. Jawab saya, "nanti lah dulu.. ku tengah serabut ni. ada dua calon tergantung lagi". Terhenti disitu sahaja tanpa sebarang jawapan ya atau tidak..
Hubungi orang tua..
Panggilan dari ibu bapanya itu memang mengejutkan saya. Tak terduga, orang yang sama.. Secara terhormat.
17 disember 2011
Bersama orang tuanya, dia datang ke rumah kami.. Mereka datang dari wilayah tengah tanah semenanjung.. Orang tua- tua, kata menengok rumah, atau merisik..
Seperti orang dulu2, saya mengangkat air ke ruang tamu.. (lelaki di bahgian depan, dan perempuan di bahagian dapur) bermula lah taaruf antara family.. Lebih memudahkan, kami sefikrah, mandapat pendidikan dan tarbiyah yang sama.. Makan tengah hari bersama. Solat bersama. Lama juga dia dirumah kami.. 4jam rasanya..
Sedang menyediakan minuman petang sebelum mereka pulang, ibunya kedapur dan menyarungkan cincin di jari kiri saya..(ngam-ngam saja saiznya). Cincin tanda.. Tidak rasmi.. Belum bertunang secara adat yang melibatkan saudara mara lagi kata ibunya. Wallahua3lam..
Seminggu berlalu.. Tiada sebarang berita dan tidak berhubung sehinggalah mendapat email dari ayahnya.. Kami berhubung melalui email je.. xde no tel dia pun~.. =) Email di Cc kepada ibu bapa. Bermakna ibu bapa boleh baca isi email tersebut.. =p Masih dalam peringkat taaruf dan berkenal-kenalan, memandangkan kami memang tidak kenal..
Edisi Maya
"Weh, hg x habaq kat aku pun.. pandai no... senyap-senyap ja"..
"Mana la aku tau. macam mana aku nak habaq kat hang, sedangkan aku pon tak bagi lagi jawapan kat hang.."
"Mak ayah ampa memang kenai ka?"
"Tak lah.. aku pon tak tau macam mana bleh dapat no tepon".
Perjalanan ini..
Semoga Allah redho.. mudahkanlah perjalanan ini andai dia yang Engkau tetapkan untukku.. Kami hanya berusaha merancang dan Engkaulah yang menentukan masa depan kami.

Salam Taaruf..

sesi taaruf kami bermula setelah mendapat greenlight ini..=)
semoga Allah berkati dan mudahkan jalan-jalan kearah itu..