Saturday, February 4, 2012

Sehelai Tudung Buat Azwa

Membelek-belek harddisk ni, tiba-tiba terjumpa satu cerpen yang pernah saya nukilkan pada hujung tahun 2006, ketika masih menuntut di Maktab Perguruan Tuanku Bainun.. Ye lah, sedikit terinspirasi kerana pernah mengikuti kelab penulisan ketika itu... hehehe.. Selamat membaca ya!..

SEHELAI TUDUNG BUAT AZWA.

Sudah tiga minggu semester pertama bermula, dan sudah tiga minggu pelajar tahun satu memulakan kehidupan sebagai seorang mahasiswa di university of Adelide, Australia. Pelajar-pelajar kelas pengajian inggeris sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran yang sebelum ini asing bagi mereka. Mereka sudah boleh mengenali rakan-rakan sekuliah walaupun datang dari negara yang berbeza-beza.

Awal minggu keempat. Azwa dan tiga lagi pelajar diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran di universiti tersebut dalam bidang pengajian Inggeris. Kesyukuran jelas tergambar diwajah Azwa yang selama ini memang meminati bedang tersebut , walaupun terlewat tiga minggu. Tambahan pula beliau memang sudah lama mengimpikan untuk menjejak kaki ke benua terkecil itu. Alhamdulillah.

Memang menjadi rutin ,dimana sahaja sekalipun, jika ada ‘orang baru’ datang, sesi suai kenal akan diadakan. Selesai sahaja sesi perkenalan Azwa dan tiga rakan barunya mengambil tempat. Habis kuliah pertama, masing-masing menuju ke kafetaria, mengisi perut yang sejak dari pagi belum terisi. Sambil menikmati hidangan sempat juga Azwa mengenali beberapa orang rafik sekuliahnya.

“ Assalamualaikum, Azwa. Selamat datang ke University of Adelide. Salam perkenalan, saya Suzanna”, sapa Suzanna mahasiswa Melayu dari Malaysia sambil menghulur tangan untuk bersalam.

“Waalaikumussalam, terima kasih, salam perkenalan”, jawab Azwa sambil menyambut tangan Suzanna. “ Kamu berasal dari mana?”.

“Saya dari Johor, kamu?”

“Saya dari Melaka”.

“Ooo…kalau begitu kita ni berjiran lah ye! Berjiran negeri!” deraian ketawa dari mulut mereka.

“Eh, muka Azwa macam pelakon Umie Aida lah… cuba korang tengok”, sampuk sahabatnya Zainab yang turut menyertai perbualan mereka.

Hari berlalu. Kuliah berjalan seperti biasa dan Azwa dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekitar.

Cuti penghabisan semester satu bermula. Kesempatan ini, Azwa dan rakan-rakannya gunakan untuk melawat tempat-tempat menarik di benua Australia ini. Peluang! Bukan mudah untuk mendapat peluang seperti ini.

* * * * *

Semester kedua bermula.

Sejak dari tadi rijal itu memerhati Azwa. Entah mengapa hatinya tertarik dengan gadis bertudung itu. Ya, mungkin itu salah satu sebabnya, satu Negara, Malaysian Student. Tapi, bagaimana pula dengan empat gadis Malaysia yang lain yang bertudung , termasuk Suzanna dan Zainab?

Azwa masih belum mengetahui apa-apa. Persahabatan mesti ikhlas dan adil. Itu prinsipnya. Dia berkawan dengan semua orang. Namun begitu, batas-batas pergaulan tetap dijaga walaupun tercampak jauh di negeri orang. Itu pesan ibu bapanya. Menuntut ilmu walau berjauhan, adat budaya sendiri apatah lagi ajaran agama jangan dilupa.

Azwa ada menerima usikan dari rakan-rakan yang sekaum dengannya dan sekaum dengan rijal itu. Namun begitu, Azwa tetap dengan pendiriannya. Padanya, belum tiba masanya lagi untuk dia memikirkan hal-hal sebegitu dan yang sebetulnya tiada bukti yang kukuh untuk dia menerima usikan tersebut.

* * * * *

Pertengahan semester dua.

Rijal itu membentangkan hasil tugasan yang diberikan oleh pensyarah di kelas tutorial. Selesai saja membentang hasil tugasan, untuk menguji kefahaman rakan-rakannya, rijal itu mengemukakan soalan untuk semua ahli. Sembilan belas orang semuanya, termasuk Azwa.

“Please give me the example of metaphore. We start from the right,behind”. Rijal itu memulakan soalannya kepada salah seorang rafiknya. Soalannya dijawab.

“Next”.

“Next,” pinta rijal itu. Seorang demi seorang mengemukakan contoh seperti yang dipinta. Kini tiba giliran Azwa.

“Azwa, please give me one example”.

Ketika itu juga terderai ketawa dan usikan dari rakan sekelasnya. Namun begitu Azwa masih tenang mengemukakan jawapannya.

Esoknya, tiba giliran Azwa membentangkan tugasan Literature Component. Dengan bantuan LCD dan laptop , terpancar sebuah puisi indah karya William Shakespere berjudul Life Brief Candle pada skrin putih di hadapan kelas.

“Good afternoon everyone, today is my turn to present this poem? Before I start my presentation, I would like to call one of you to read this poem first. Johnathan, please read”.

“No, I don’t want. I have many works to do”.

“Come on, Johnathan”, balas Azwa.

“Go on Johnathan,” ucap rijal itu yang kebetulan duduk di sebelah Johnathan.

“Ok, fine. If anyone don’t want to read, I will start now,” ujar Azwa mengalah. Memang begitulah sikapnya. Tidak mahu menyusahkan sesiapa.

Tanpa dipinta rijal itu bangun menbaca puisi tersebut. Bersemangat. Terkejut Azwa. Pantas debar menjalar nubari. Ah! Mengapa? dia sendiri hairan dengan perasaannya kini. Dia tidak mengerti.

* * * * *

Malam minggu. Azwa menghabiskan waktunya dengan mengulangkaji pelajaran. Dia tidak mahu kegagalan berada dipihaknya. Oleh yang demikian, dia sentiasa berusaha memajukan diri. Tiba-tiba dia teringat bahawa minggu depan adalah giliran dia dan rijal itu menguruskan program untuk Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di university tersebut. Segera dia mendapatkan telefon bimbitnya dan menulis mesej kepada rijal tersebut.

-Assalamualaikum ,sodiqi. Just asking before I forget. Untuk PMI, nak buat juga ke Progran Wacana Ilmu tu? Kalau nak buat, tolong cari bahan atau idea. InsyaAllah, hari selasa kita bincang.

-Wa’alaikumussalam warahmatullah. Barnamij tu nampak macam best , lakin susah nak buat. Anti nak buat ke?

Selain berbahasa Inggeris, mereka juga sering menggunakan bahasa Arab dalam perbualan memandangkan masing-masing ada asas bahasa Arab semasa di bangku sekolah dahulu.

-Saya tak kisah. Tapi perlu masa lah untuk fikir. Kalau ada idea lain pun ok juga. No problem.

-‘Azim. Kulla wahidin minna an nufakkir maza nastati’ li na’mal. Wa insya Allah,

sa nunaaqish fi yaumil salasa.

-Insya Allah, sebelum tu nak cakap sikit. Please don’t think that this barnamij very hard to do, but think that is amanah, ok? Be a wise man.

‘Ya Allah, kenapa dengan aku ni. Beraninya aku cakap sebegitu pada rijal itu.’ Serta merta debaran menjalar ke seluruh tubuh Azwa.

* * * * *

Peperiksaan semakin hampir.

“Eh, Azwa, Mr. Dew belum bincang lagi soalan contoh yang dia bagi kan?” sapa Zainab, teman sebiliknya.

“Ha’a, kenapa? Nak buat revision ye? Rajin nye sahabat aku ni..

“Emm, hari tu ana ada nampak Rasyidi berbincang soalan tu dengan Mr.Dew. mungkin dia ada jawapannya. Em, boleh tak kau tolong minta?

“ Eh, tak nak lah.”

“Alaa…tolong la.”

“ Emm, bak sini handset kau. Biar aku tulis.”

- Assalamualaikum. Do you have the literature’s answer? Can you give to us?

Satu jam berlalu, namun tiada jawapan yang diterima.

“Azwa, apa ni, takde respon pun.”

“Mana la aku tahu. Kau minta la sendiri”

Zainab yang mula berasa bosan mula menaip mesej untuk rijal itu.

- Assalamualaikum, Rasyidi, kau tak nak bagi ke jawapan tu? Azwa yang minta tau. Dia dah putus asa.

- Ye ke? Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau Azwa yang minta, hujan ribut sanggup ku redahi. Habis tu apa yang saya patut buat ni?

- Kau mesej la dia sendiri ..

Sepuluh minit kemudian, telefon bimbit Azwa berbunyi menandakan mesej diterima.

‘Hah, Rasyidi..kenapa pulak ni?’ desis hati Azwa. Lantas dia membaca mesej yang baru diterima dari rijal itu.

- Assalamualaikum. Ya tholibah mujtahidah , bersabarlah dengan ujian Allah kerana dia sayang akan hambaNya. Ana bukannya apa. Ana pun sebenarnya takde jawapan sebenar. Ana cuma berbincang dengan Mr. Dew. Apa yang dia boleh bantu, dia bantu, yang lain tu dia suruh ana cari sendiri. Jangan salah sangka pula yang ana tak mahu beri. Zainab beritahu yang Mujahidah ni dah putus asa. Tu yang ana risau ni. Ya abdillah, la takhaf wa la tahzan , innallaha ma’aki.

- Wa’alaikumussalam. Astaghfirullah.. if you do not have the answers, its okay.

Apa pulak putus asa. Zainab yang lebih-lebih. Aasif ya sodiqi. Salam imtihan.

“ Hei, Zainab apa kau buat ni, pandai-pandai je cakap orang putus asa.”

“ Ha ha ha….”

* * * * *

Akhir semester dua. Tidak lama lagi cuti penggal akan bermula. Pagi isnin itu, 24 Jamadil Akhir merupakan hari ulang tahun kelahiran Azwa. Jika diikut calendar masihi, memang sudah lama lepas. Bulan Februari. Satu kejutan buat Azwa. Dia menerima panggilan dari rijal tersebut. Katanya mahu berjumpa, ada hal sedikit. Sungguhpun begitu, rijal tersebut tidak tahu menahu tentang hari ulang tahun kelahiran Azwa. Mungkin kebetulan!

Azwa menerima bungkusan itu. Bertemankan rafiknya Balqis, yang setia dalam senang dan susah, mereka meninggalkan bangunan perpustakaan menuju ke kolej kediaman.

Dengan debaran di jiwa, Azwa membuka bungkusan itu.

“Cantiknya tudung ni. Tapi kenapa dia beri pada aku?” desis hati Azwa , gembira bercampur hairan. Sedang asyik membelek tudung tersebut, terjatuh satu lipatan kertas ke atas kakinya. Segera Azwa membuka lipatan kertas tersebut.

“Assalamualaikum Azwa.

Buat nisa yang telah mencuri hatiku.Sudah sekian lama aku memerhatikan mu.

Entah mengapa aku begitu menyenangi dirimu , aku sendiri pun tidak pasti.

Ternyata engkau berbeza dari yang lain. Adam dan Hawa diciptakan Allah dan

disemaikan rasa kasih dan sayang. Setiap Hawa dijadikan dari tulang rusuk yang

bengkok. Kaumku lah yang berperanan meluruskannya. Izinkan aku menjadi sang

pelurus itu dan menghuni dihatimu.”

-Rasyidi-

Rasyidi, pemuda yang Azwa kenali di bumi universiti ini.

“Ya Allah.....padamlah cinta ini dariku. Aku tidak pernah meminta untuk menyayangi mana-mana pemuda sebelum tiba masanya. Kehidupan yang kulalui selama 20 tahun ini terlalu awal untuk menerima cinta manusia. Manusia sarat dengan ribuan kelemahan, tapi kepada manusia selalu kita sibukkan diri. Bodohnya manusia, termasuklah aku. Wahai hati, ingatlah hidup ini untuk berubudiyyah padaNya. Tanpa cinta Allah, lesulah segala amal. Ibadah hanya digelar ibadah apabila disertai rasa kasih kepada Allah.”

Wajah pemuda itu berlegar di ruang imaginasi minda Azwa. Penampilannya segak dan menarik. Bicaranya kemas dan manis, dihiasi pula dengan sifat kepimpinannya yang tinggi. Langkahnya mantap.

“Allahu Rabbi....padamkanlah wajah pemuda ini dari ingatanku”. Azwa bertafakkur. “Sukarnya melawan rasa hati. Kuatnya bisikan nafsu. Dahsyatnya tarikan dunia dan syahwat. Duhai iman, berfungsilah kamu!!”.

* * * * *

Esok , cuti penggal bermula. Azwa membelek-belek buku yang baru dibelinya tadi. ‘Kulitnya menarik. Isinya tentu menarik.’ Bisik hati Azwa.

“Tit..tit..” telefon bimbit Azwa berbunyi. Ada mesej diterima. Lambat sahaja dia membukanya . mungkin dari Mama, fikirnya.

‘ Eh, dari Rasyidi.’

- My wishes for you..

Great start for Mon

No obstacle for Tue

No stress for Wed

No worry for Thu

Smile for Fri

Enjoy for Sat

Take care for Sun..

Salam uthlah..(“,)

‘Astaghfirullahal ‘Adzim… Hebatnya seruan cinta dan rindu.’ Azwa bermonolog sendirian.

‘Belum pun genap setahun perkenalan, namun tarikan hati begitu erat. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Kau tahu aku lemah tak berdaya. Duhai Rasyidi, ketahuilah di sana ada syurga yang menanti untuk hambaNya yang bertaqwa, bukan untuk hambaNya yang berdosa tanpa taubat. Aku akui kau manusia yang hebat. Kau diberi Allah bermacam kelebihan dan anugerah. Bukan aku sengaja menolakmu Rasyidi, tapi aku khuatir Allah bakal hilang dari hidupku, sebelum aku benar-benar menikmati manisnya beriman kepada Allah dan RasulNya. Lagipun, aku takut salah satu hati akan kecewa, sama ada kau ataupun aku, bila mana titian cinta dibina terlalu awal di atas tiang dan dasar yang tidak kukuh dan rapuh. Pedih hati apabila terpaksa menerima hakikat ini. Usia sebegini adalah usia kita menimba ilmu, bukan usia menikmati percintaan yang romantik dan melalaikan. Kita bukan kaum kafir yang menuruti segala rasa hati, tetapi kita Muslim yang ada panduan untuk hidup. Kita hanya menjadi Muslim apabila kita mengambil Islam sebagai corak hidup kita. Kalau seminit, seminitlah time kita jadi Muslim. Janganlah kita terikut dengan budaya masyarakat sekarang yang masing-masing mahu ada pasangan untuk dijadikan tempat mencurah kasih dan tempat mengadu. Sebenarnya, itulah fenomena orang yang tidak mengenal Tuhannya, mencari selain Dia untuk mengadu. Andai ada jodoh, insya Allah. Janji Allah adalah pasti ’.

1 comment:

  1. sebahagian dialog dan mesej adalah kisah benar. surat tu je rekaan semata-mata.. hehe.. let me introduce the real character

    universiti = IPTB
    zainab = nuha
    azwa = mursyidah
    rasyidi = hidayat
    Mr. dew = ustz. mahadzir
    PMI = persatuan agama islam
    poem = surah alquran

    Wacana ilmu tu, kami sebenarnya buat explore race (kembara ilmu)

    ReplyDelete