Thursday, February 23, 2012

23 Februari ~

Apa adanya dengan tarikh ini??? haaaa... birthday saya lah... sedikit kajian Dr. Fadzilah Kamsah mengenai orang yang lahir pada bulan Februari.. Emm, ada gak betulnya tu..
FEBRUARI
berfikiran abstrak,
sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent,
bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah,
mudah menawan org lain, agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri,
jujur dan setia pd segalanya,
keras hati untuk mencapai matlamat,
tidak suka dikongkong,
mudah memberontak apabila dikongkong,
suka kegiatan yg lasak,
emosinya mudah terluka dan sgt sensitif,
mudah mempamirkan marahnya,
tidak suka benda yg remeh-temeh,
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya,
sangat berani dan suka memberontak,
bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya,
pemerhatian yg tajam,
suka hiburan dan sukan,
suka benda yg bersifat seni,
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran,
berkecenderungan pd benda yg tahyul,
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros,
belajar untuk mempamirkan emosi

Sunday, February 19, 2012

TEKS PENGERUSI MAJLIS MAULIDURRASUL


Minta perhatian: bagi memastikan kelancaran majlis kita pada hari ini,saya memohon agar para pelajar memberikan tumpuan pada majlis yang akan dijalankan sebentar lagi. Terima kasih.

ALU-ALUAN

 Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...WBT.
Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi
dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,
Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI
Diiringkan sanjungan  dengan kesyukuran yang amat tinggi..


Yang Berusaha Encik Abu bakar bin md Zain
guru besar Sk  sungai anib 1,

Yang Dihormati en, stanlee madulin
Penolong Kanan Pentadbiran

Pn. Mujinah Sandukong
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan  Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad  S.A.W bertemakan __________________________________, yang dianjurkan oleh Paniatia Pendidikan Islam Sk sungai anib 1.

BACAAN DOA

MENANDAH TANGAN POHON PERKENAN
AGAR MAJLIS BERJALAN LANCAR
AL-FATIHAH KITA LAFAZKAN,
APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini,majlis dengan segala hormatnya ,mempersilakan al-Fadhil Ustaz _____________________ untuk menyampaikan bacaan doa.
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

Amin ,Ya Rabb al-Alamin.Semoga majlis mendapat keberkatan Robbul izzati.

BACAAN AI -QURAN

Hadirin sekalian,majlis menjemput ustaz_______________________________,  untuk menyampaikan bacaan ayat suci al-quran .Dengan segala hormatnya dipersilakan.
 Terima kasih diucapkan kepada Qari       diatas bacaan ayat suci al-quran itu tadi.

Tibalah masa yang dinantikan.
UCAPAN ALU-ALUAN KETUA BIDANG
Hadirin sekalian
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan tazkirah yang akan disampaikan oleh ustaz____________________. Majlis mempersilakan.

NUN DI SANA INDAHNYA KOTA
KOTA BERSIH DIJAGA SENTIASA
INDAH SUNGGUH BICARA KATA
MOGA JADI IKTIBAR PADA SEMUA

 sama-samalah kita hayati  perjalanan hidup rasulullah SAW dsemenjak dari lahir hingga wafatnya bagindaMajlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz__________________________ di atas ucapan yang telah disampaikan.

BACAAN BERZANJI/MARHABAN 
Bagi meneruskan majlis ,dengan ini dipersilakan Badan Pengawas __________________________- untuk menyampaikan bacaan alunan   selawat. Untuk itu ,di minta para hadirin agar dapat berselawat bersama-sama.Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada barisan Badan pengawas atas persembahan itu tadi.

*PERSEMBAHAN NASYID

Persembahan pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput kumpulan nasyid daripada pelajar tahun ______________________ dengan lagunya yang bertajuk Ya Rasulullah.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pelajar ______________ atas persembahan itu tadi.


Para guru dan pelajar sekalian.
Dengan berakhirnya persembahan  itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini. 


INDAH TERUKIR CIPTAAN SENI
LEMBUT BAGAIKAN SENTUHAN BAYU
JARI SEPULUH DISUSUN KINI
ANDAINYA ADA KATA TERLALU.

sebelum kita bersurai,marilah sama-sama kita nyanyikan lagu Ibu pertiwiku.

SEkian ,Terima kasih daun keladi tahun hadapan kita sambut lagi..
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT.

Saturday, February 11, 2012

Dalam Diam

dalam diam

ada..sesungguhnya ada….

ada rasa cinta kepada dia..
ada rasa rindu pada dia…
namun sahabat..aku tidak tahu siapa..
selalu ku doa untuknya….
agar dia baik2 saja…
dipelihara iman..terhindar dari kemaksiatan
dipermudahkan segala urusan…
walau di mana berada..
pinta ku pada Tuhan yg Maha Kuasa…
agar Dia melindungi dia..
kerna Dia maha tahu segala…
sedang aku tiada daya…tiada kuasa…
sering juga ku pinta…
dalam istikharah cinta..
agar dijelmakan dia…
dalam lena atau jaga…
namun ku redha..ku mengerti..
Dia lebih mengerti perihal diri ini…
belum masanya kami mengenali..
cukuplah doa ku sering mengiringi…

aku menanti untuk yg halal hadir
menjemput diri seperti yang ditakdir
kerna namanya telah tertulis sejak azali
dalam kitab suci perjalanan insani..

dlm doa kudusku setiap mlm..
aku memang mencintai dia dalam diam…

*”Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri..” (Surah Al-Hadid: 22-23)*

Sunday, February 5, 2012

Allah, kenapa aku dalam neraka..??

Tuhan, kenapa aku masih berada di sini? Bukankah aku dahulu selalu bersedekah di masjid-masjid? Bukankah aku dahulu sentiasa membantu sahabat-sahabatku yang kesusahan? Bukankah aku dahulu sentiasa memberi peringatan kepada sahabat-sahabatku? Kenapa aku masih ada di Neraka-Mu ini?
Tuhan, mana pergi amalan-amalan baik yang aku lakukan dahulu? Tidakkah aku telah menggunakan kudratku untuk jalan dakwah? Oh Tuhan. Dengarlah rintihan aku ini
.
(Tiba-tiba)
Tangannya terangkat dan berkata, "Aku dahulu memasukkan duit ke dalam tabung kerana aku inginkan pujian sahabat-sahabatku terutamanya mereka yang berlainan jantina denganku."
Kakinya tiba-tiba bersuara,'aku berjalan pergi berdakwah semata-mata ingin menonjolkan diriku di hadapan orang lain bahawa aku ini seorang yang Alim dan Soleh. Aku ingin manusia melihat betapa aku ini hebat berdakwah dan kaya dengan ilmu agama.'
Mulutnya tiba-tiba menyanggah, 'ah, kau ni. Kononnya mulut kau ini kau gunakan untuk mengingatkan sahabat-sahabat kau, tetapi hakikatnya kau tidak mengamalkannya! Kau suruh orang jauhi zina tetapi kau dengan mudah ber'chit chat' dengan teman-temanmu yang berlainan jantina dan bercakap perkara-perkara yang tidak sepatutnya! Kau suruh orang bersedekah dan berbuat baik, tetapi diri kau? Pernah kau cerminkan diri kau? berapa banyak harta kau yang kau laburkan untuk Akhirat? dan berapa peratus nilai keihklasanmu di dalamnya?
Telinga yang hanya mendengar dari tadi turut tidak melepaskan peluang.'Hey hey, nanti dulu. Kau jangan lupa, telinga kau ni, kau gunakan untuk apa? Ingat tidak pada suatu ketika dahulu, kau menggunakannya untuk mendengar lembut suara si dia yang bukan muhrim mu? Apa kau sudah lupa ketika nafsu kau sudah menewaskan akal dan Iman mu, kau asyik dalam kecintaan kau pada dia yang tidak halal bagimu? Apa kau ingat semua ini bukan dosa? Mana perginya tazkirah yang kau beri dahulu kepada teman-temanmu? Apa yang kau ingatkan mereka? Sudah lupa? Kau mengatakan La Takrabu Zina. Punya kau bersemangat memberi ceramah mengenai bahaya pujuk rayu Syaitan, tetapi mengapa kau yang tertewas dengan pujuk rayu si Durjana tu?
Hati yang kehitam hitaman tiba-tiba mencelah," itulah kau manusia. Sudah kerugian kau di sini bukan? Bukankah Guru-guru mu sentiasa berpesan, pastikan kau lakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas. Bukankah kau sudah tahu benar segala amalan tanpa niat yang ikhlas umpama buih di lautan. Segala kebaikanmu itu habis hancur berkecai. Dahulu bila kau dianugerahkan dengan nikmat yang banyak, kau lupa diri.
Kau sombong! Keihklasanmu lenyap sekelip mata. Syukur mu kian menipis. Bongkak mu kian meninggi. Apa kau sudah lupa hakikatnya kau cuma manusia lemah ciptaan Si Maha Besar? Bukankah sifat sombong hanya milik mutlak Allah? Kau tahu bukan si durjana Iblis dihalau dari Syurga kerana kesombongannya? Si Firauan binasa kerana bongkaknya? Si namrud dihina kerana takburnya? Jadi kenapa kau tidak belajar dari pengajaran ini?
Betapa dirimu rugi hari ini wahai manusia. Andai didunia dahulu kau mengamalkan ilmumu, pasti kau bahagia sekarang. Tetapi, seperti kau tahu, There is no turn Back! Sekarang rasailah azab dari Allah ini bersama - sama dengan kami," kata si iblis dan kaumnya.
Tiba-tiba tersedarku dari mimpi. Astarfirullah. Saat itu, terbayang-bayang difikiranku akanSurah Yassin ayat 65 :"Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa Yang mereka telah usahakan.
"Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan apa yang Kau larangi dan dekatkanlah kami dengan amalan-amalan yang Kau redhai.
- Artikel iluvislam.com..

Saturday, February 4, 2012

Sehelai Tudung Buat Azwa

Membelek-belek harddisk ni, tiba-tiba terjumpa satu cerpen yang pernah saya nukilkan pada hujung tahun 2006, ketika masih menuntut di Maktab Perguruan Tuanku Bainun.. Ye lah, sedikit terinspirasi kerana pernah mengikuti kelab penulisan ketika itu... hehehe.. Selamat membaca ya!..

SEHELAI TUDUNG BUAT AZWA.

Sudah tiga minggu semester pertama bermula, dan sudah tiga minggu pelajar tahun satu memulakan kehidupan sebagai seorang mahasiswa di university of Adelide, Australia. Pelajar-pelajar kelas pengajian inggeris sudah mula dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan persekitaran yang sebelum ini asing bagi mereka. Mereka sudah boleh mengenali rakan-rakan sekuliah walaupun datang dari negara yang berbeza-beza.

Awal minggu keempat. Azwa dan tiga lagi pelajar diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran di universiti tersebut dalam bidang pengajian Inggeris. Kesyukuran jelas tergambar diwajah Azwa yang selama ini memang meminati bedang tersebut , walaupun terlewat tiga minggu. Tambahan pula beliau memang sudah lama mengimpikan untuk menjejak kaki ke benua terkecil itu. Alhamdulillah.

Memang menjadi rutin ,dimana sahaja sekalipun, jika ada ‘orang baru’ datang, sesi suai kenal akan diadakan. Selesai sahaja sesi perkenalan Azwa dan tiga rakan barunya mengambil tempat. Habis kuliah pertama, masing-masing menuju ke kafetaria, mengisi perut yang sejak dari pagi belum terisi. Sambil menikmati hidangan sempat juga Azwa mengenali beberapa orang rafik sekuliahnya.

“ Assalamualaikum, Azwa. Selamat datang ke University of Adelide. Salam perkenalan, saya Suzanna”, sapa Suzanna mahasiswa Melayu dari Malaysia sambil menghulur tangan untuk bersalam.

“Waalaikumussalam, terima kasih, salam perkenalan”, jawab Azwa sambil menyambut tangan Suzanna. “ Kamu berasal dari mana?”.

“Saya dari Johor, kamu?”

“Saya dari Melaka”.

“Ooo…kalau begitu kita ni berjiran lah ye! Berjiran negeri!” deraian ketawa dari mulut mereka.

“Eh, muka Azwa macam pelakon Umie Aida lah… cuba korang tengok”, sampuk sahabatnya Zainab yang turut menyertai perbualan mereka.

Hari berlalu. Kuliah berjalan seperti biasa dan Azwa dapat menyesuaikan diri dengan suasana sekitar.

Cuti penghabisan semester satu bermula. Kesempatan ini, Azwa dan rakan-rakannya gunakan untuk melawat tempat-tempat menarik di benua Australia ini. Peluang! Bukan mudah untuk mendapat peluang seperti ini.

* * * * *

Semester kedua bermula.

Sejak dari tadi rijal itu memerhati Azwa. Entah mengapa hatinya tertarik dengan gadis bertudung itu. Ya, mungkin itu salah satu sebabnya, satu Negara, Malaysian Student. Tapi, bagaimana pula dengan empat gadis Malaysia yang lain yang bertudung , termasuk Suzanna dan Zainab?

Azwa masih belum mengetahui apa-apa. Persahabatan mesti ikhlas dan adil. Itu prinsipnya. Dia berkawan dengan semua orang. Namun begitu, batas-batas pergaulan tetap dijaga walaupun tercampak jauh di negeri orang. Itu pesan ibu bapanya. Menuntut ilmu walau berjauhan, adat budaya sendiri apatah lagi ajaran agama jangan dilupa.

Azwa ada menerima usikan dari rakan-rakan yang sekaum dengannya dan sekaum dengan rijal itu. Namun begitu, Azwa tetap dengan pendiriannya. Padanya, belum tiba masanya lagi untuk dia memikirkan hal-hal sebegitu dan yang sebetulnya tiada bukti yang kukuh untuk dia menerima usikan tersebut.

* * * * *

Pertengahan semester dua.

Rijal itu membentangkan hasil tugasan yang diberikan oleh pensyarah di kelas tutorial. Selesai saja membentang hasil tugasan, untuk menguji kefahaman rakan-rakannya, rijal itu mengemukakan soalan untuk semua ahli. Sembilan belas orang semuanya, termasuk Azwa.

“Please give me the example of metaphore. We start from the right,behind”. Rijal itu memulakan soalannya kepada salah seorang rafiknya. Soalannya dijawab.

“Next”.

“Next,” pinta rijal itu. Seorang demi seorang mengemukakan contoh seperti yang dipinta. Kini tiba giliran Azwa.

“Azwa, please give me one example”.

Ketika itu juga terderai ketawa dan usikan dari rakan sekelasnya. Namun begitu Azwa masih tenang mengemukakan jawapannya.

Esoknya, tiba giliran Azwa membentangkan tugasan Literature Component. Dengan bantuan LCD dan laptop , terpancar sebuah puisi indah karya William Shakespere berjudul Life Brief Candle pada skrin putih di hadapan kelas.

“Good afternoon everyone, today is my turn to present this poem? Before I start my presentation, I would like to call one of you to read this poem first. Johnathan, please read”.

“No, I don’t want. I have many works to do”.

“Come on, Johnathan”, balas Azwa.

“Go on Johnathan,” ucap rijal itu yang kebetulan duduk di sebelah Johnathan.

“Ok, fine. If anyone don’t want to read, I will start now,” ujar Azwa mengalah. Memang begitulah sikapnya. Tidak mahu menyusahkan sesiapa.

Tanpa dipinta rijal itu bangun menbaca puisi tersebut. Bersemangat. Terkejut Azwa. Pantas debar menjalar nubari. Ah! Mengapa? dia sendiri hairan dengan perasaannya kini. Dia tidak mengerti.

* * * * *

Malam minggu. Azwa menghabiskan waktunya dengan mengulangkaji pelajaran. Dia tidak mahu kegagalan berada dipihaknya. Oleh yang demikian, dia sentiasa berusaha memajukan diri. Tiba-tiba dia teringat bahawa minggu depan adalah giliran dia dan rijal itu menguruskan program untuk Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di university tersebut. Segera dia mendapatkan telefon bimbitnya dan menulis mesej kepada rijal tersebut.

-Assalamualaikum ,sodiqi. Just asking before I forget. Untuk PMI, nak buat juga ke Progran Wacana Ilmu tu? Kalau nak buat, tolong cari bahan atau idea. InsyaAllah, hari selasa kita bincang.

-Wa’alaikumussalam warahmatullah. Barnamij tu nampak macam best , lakin susah nak buat. Anti nak buat ke?

Selain berbahasa Inggeris, mereka juga sering menggunakan bahasa Arab dalam perbualan memandangkan masing-masing ada asas bahasa Arab semasa di bangku sekolah dahulu.

-Saya tak kisah. Tapi perlu masa lah untuk fikir. Kalau ada idea lain pun ok juga. No problem.

-‘Azim. Kulla wahidin minna an nufakkir maza nastati’ li na’mal. Wa insya Allah,

sa nunaaqish fi yaumil salasa.

-Insya Allah, sebelum tu nak cakap sikit. Please don’t think that this barnamij very hard to do, but think that is amanah, ok? Be a wise man.

‘Ya Allah, kenapa dengan aku ni. Beraninya aku cakap sebegitu pada rijal itu.’ Serta merta debaran menjalar ke seluruh tubuh Azwa.

* * * * *

Peperiksaan semakin hampir.

“Eh, Azwa, Mr. Dew belum bincang lagi soalan contoh yang dia bagi kan?” sapa Zainab, teman sebiliknya.

“Ha’a, kenapa? Nak buat revision ye? Rajin nye sahabat aku ni..

“Emm, hari tu ana ada nampak Rasyidi berbincang soalan tu dengan Mr.Dew. mungkin dia ada jawapannya. Em, boleh tak kau tolong minta?

“ Eh, tak nak lah.”

“Alaa…tolong la.”

“ Emm, bak sini handset kau. Biar aku tulis.”

- Assalamualaikum. Do you have the literature’s answer? Can you give to us?

Satu jam berlalu, namun tiada jawapan yang diterima.

“Azwa, apa ni, takde respon pun.”

“Mana la aku tahu. Kau minta la sendiri”

Zainab yang mula berasa bosan mula menaip mesej untuk rijal itu.

- Assalamualaikum, Rasyidi, kau tak nak bagi ke jawapan tu? Azwa yang minta tau. Dia dah putus asa.

- Ye ke? Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau Azwa yang minta, hujan ribut sanggup ku redahi. Habis tu apa yang saya patut buat ni?

- Kau mesej la dia sendiri ..

Sepuluh minit kemudian, telefon bimbit Azwa berbunyi menandakan mesej diterima.

‘Hah, Rasyidi..kenapa pulak ni?’ desis hati Azwa. Lantas dia membaca mesej yang baru diterima dari rijal itu.

- Assalamualaikum. Ya tholibah mujtahidah , bersabarlah dengan ujian Allah kerana dia sayang akan hambaNya. Ana bukannya apa. Ana pun sebenarnya takde jawapan sebenar. Ana cuma berbincang dengan Mr. Dew. Apa yang dia boleh bantu, dia bantu, yang lain tu dia suruh ana cari sendiri. Jangan salah sangka pula yang ana tak mahu beri. Zainab beritahu yang Mujahidah ni dah putus asa. Tu yang ana risau ni. Ya abdillah, la takhaf wa la tahzan , innallaha ma’aki.

- Wa’alaikumussalam. Astaghfirullah.. if you do not have the answers, its okay.

Apa pulak putus asa. Zainab yang lebih-lebih. Aasif ya sodiqi. Salam imtihan.

“ Hei, Zainab apa kau buat ni, pandai-pandai je cakap orang putus asa.”

“ Ha ha ha….”

* * * * *

Akhir semester dua. Tidak lama lagi cuti penggal akan bermula. Pagi isnin itu, 24 Jamadil Akhir merupakan hari ulang tahun kelahiran Azwa. Jika diikut calendar masihi, memang sudah lama lepas. Bulan Februari. Satu kejutan buat Azwa. Dia menerima panggilan dari rijal tersebut. Katanya mahu berjumpa, ada hal sedikit. Sungguhpun begitu, rijal tersebut tidak tahu menahu tentang hari ulang tahun kelahiran Azwa. Mungkin kebetulan!

Azwa menerima bungkusan itu. Bertemankan rafiknya Balqis, yang setia dalam senang dan susah, mereka meninggalkan bangunan perpustakaan menuju ke kolej kediaman.

Dengan debaran di jiwa, Azwa membuka bungkusan itu.

“Cantiknya tudung ni. Tapi kenapa dia beri pada aku?” desis hati Azwa , gembira bercampur hairan. Sedang asyik membelek tudung tersebut, terjatuh satu lipatan kertas ke atas kakinya. Segera Azwa membuka lipatan kertas tersebut.

“Assalamualaikum Azwa.

Buat nisa yang telah mencuri hatiku.Sudah sekian lama aku memerhatikan mu.

Entah mengapa aku begitu menyenangi dirimu , aku sendiri pun tidak pasti.

Ternyata engkau berbeza dari yang lain. Adam dan Hawa diciptakan Allah dan

disemaikan rasa kasih dan sayang. Setiap Hawa dijadikan dari tulang rusuk yang

bengkok. Kaumku lah yang berperanan meluruskannya. Izinkan aku menjadi sang

pelurus itu dan menghuni dihatimu.”

-Rasyidi-

Rasyidi, pemuda yang Azwa kenali di bumi universiti ini.

“Ya Allah.....padamlah cinta ini dariku. Aku tidak pernah meminta untuk menyayangi mana-mana pemuda sebelum tiba masanya. Kehidupan yang kulalui selama 20 tahun ini terlalu awal untuk menerima cinta manusia. Manusia sarat dengan ribuan kelemahan, tapi kepada manusia selalu kita sibukkan diri. Bodohnya manusia, termasuklah aku. Wahai hati, ingatlah hidup ini untuk berubudiyyah padaNya. Tanpa cinta Allah, lesulah segala amal. Ibadah hanya digelar ibadah apabila disertai rasa kasih kepada Allah.”

Wajah pemuda itu berlegar di ruang imaginasi minda Azwa. Penampilannya segak dan menarik. Bicaranya kemas dan manis, dihiasi pula dengan sifat kepimpinannya yang tinggi. Langkahnya mantap.

“Allahu Rabbi....padamkanlah wajah pemuda ini dari ingatanku”. Azwa bertafakkur. “Sukarnya melawan rasa hati. Kuatnya bisikan nafsu. Dahsyatnya tarikan dunia dan syahwat. Duhai iman, berfungsilah kamu!!”.

* * * * *

Esok , cuti penggal bermula. Azwa membelek-belek buku yang baru dibelinya tadi. ‘Kulitnya menarik. Isinya tentu menarik.’ Bisik hati Azwa.

“Tit..tit..” telefon bimbit Azwa berbunyi. Ada mesej diterima. Lambat sahaja dia membukanya . mungkin dari Mama, fikirnya.

‘ Eh, dari Rasyidi.’

- My wishes for you..

Great start for Mon

No obstacle for Tue

No stress for Wed

No worry for Thu

Smile for Fri

Enjoy for Sat

Take care for Sun..

Salam uthlah..(“,)

‘Astaghfirullahal ‘Adzim… Hebatnya seruan cinta dan rindu.’ Azwa bermonolog sendirian.

‘Belum pun genap setahun perkenalan, namun tarikan hati begitu erat. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Kau tahu aku lemah tak berdaya. Duhai Rasyidi, ketahuilah di sana ada syurga yang menanti untuk hambaNya yang bertaqwa, bukan untuk hambaNya yang berdosa tanpa taubat. Aku akui kau manusia yang hebat. Kau diberi Allah bermacam kelebihan dan anugerah. Bukan aku sengaja menolakmu Rasyidi, tapi aku khuatir Allah bakal hilang dari hidupku, sebelum aku benar-benar menikmati manisnya beriman kepada Allah dan RasulNya. Lagipun, aku takut salah satu hati akan kecewa, sama ada kau ataupun aku, bila mana titian cinta dibina terlalu awal di atas tiang dan dasar yang tidak kukuh dan rapuh. Pedih hati apabila terpaksa menerima hakikat ini. Usia sebegini adalah usia kita menimba ilmu, bukan usia menikmati percintaan yang romantik dan melalaikan. Kita bukan kaum kafir yang menuruti segala rasa hati, tetapi kita Muslim yang ada panduan untuk hidup. Kita hanya menjadi Muslim apabila kita mengambil Islam sebagai corak hidup kita. Kalau seminit, seminitlah time kita jadi Muslim. Janganlah kita terikut dengan budaya masyarakat sekarang yang masing-masing mahu ada pasangan untuk dijadikan tempat mencurah kasih dan tempat mengadu. Sebenarnya, itulah fenomena orang yang tidak mengenal Tuhannya, mencari selain Dia untuk mengadu. Andai ada jodoh, insya Allah. Janji Allah adalah pasti ’.