Sunday, November 27, 2011

Good things come to those who wait

Apa yang kita terlalu idamkan, kadangkala Allah tidak berikan kerana Allah mahumenguji tahap kesabaran kita. Bersabar dan bersangka baiklah dengan Allah kerana ada sesuatu yang Allah 'simpan' untuk kita :)
bersangka baiklah terhadap Allah.
nak berjiwang kejap =)
Tuhan, berikan aku cinta~
p/s: good things bukan sekadar cinta sahaja ya.. banyak maksud dan boleh di interpretasi dengan pelbagai.. pekerjaan, jawatan, kehendak-kehendak yang lain yang diimpikan..

Saturday, November 19, 2011

airport

Saya jumpa kamu di airtport. setahun tak jumpa. Macam- macam dah yang berlaku. Kamu bagi saya hadiah. Saya beri kamu sedikit buah tangan.. Kemuadian kita berbicara seketika, sebelum saya masuk ke departure hall untuk ke penang.. kamu hantar dan iring saya hingga ke tempat scan bag sebelum saya masuk.. sayu je hati. Selepas kamu berlalu, laju je air mata saya turun. Sepanjang dalam flight menuju ke Penang, saya menangis. Tak tahu kenapa.. Ya Allah.. Engkau maha mengetahui. Lindungilah aku dari hasutan syaitan.
p/s: semoga kamu sentiasa bahagia hendaknya =)

Tuesday, September 27, 2011

berakhir sebuah semaian rasa hati

27 september 2011
semaian jiwa
terhenti sudah.. termeterai sebuah keputusan. sedih memang terasa.. setahun lebih menyulam rasa, mengukir jiwa. tidak ramai yg tahu.. tapi ramai juga yang meneka..
Sungguh!bukan mudah untukku mula menyayangi. apabila sudah sayang, perit untuk melepaskan. Allah yang maha tahu apa yang terbaik untukku dan untuknya.. berpisah cara baik.. hubungan hati masih ada.. semoga persahabatan ini terus mekar dalam rangka berpesan-pesan pada kebaikan,kebenaran dan kesabaran..
Allahu Rabbi.. mohon dituntun hati ini.. peliharalah perilakuku.. lindungi aku dan dia..

Wednesday, April 20, 2011

T.I.R.E.D.

Am I tiring your feeling, my friend??
If that so, please apologize me..
Doesn't mean to do so..
I am to ambitious I guess..
I am so sorry..
.......................
don't worry, my friend. not your fault.
we just planning our future.
inna robbi lasamii'uddu'aa (Q: Ibrahim).
The Lord is the Hearer of prayers.
Hoping and waitaing for the sunshine and rainbow.

Tuesday, April 19, 2011

Milik siapa gadis ini??

Milik siapa gadis ini??
Kau masih lagi bertanya.
Bukankah sudah berkali ku berkata
Hubungilah ibu serta bapa yang menjaga
Bukankah banyak caranya?
Bukan sekadar telefon sahaja
Bahkan sms dan surat juga boleh sebagai pengantara
Atau suruh ibumu sahaja menghubungi orang tua.
Penat sudah ku menunggu
Bakpungguk merindu
Perlu juga ku menjaga kesucian dan kesejahteraan hatiku
Puas sudah ku menepis
Berkali sudah ku menangis
Andai bukan berjodoh
Redhokanlah hatiku ya Allah
Temukan aku dengan insan yang mulia, berakhalak
Baik untuk masa depan ku, duniaku juga akhiratku
Doa yang sama juga ku tujukan buatmu.
Sejahteralah hendaknya kamu
p/s: apa2 pun, bergantung pada jodoh dari Allah taala.

Monday, April 18, 2011

MISI 2012...

misi 2012????
apakah??? heheheh
for this question, shall or should?? wawawa
duduk jauh diperantauan,.. terasa pula ingin ada peneman disisi.. susah senang bersama, sakit demam ada yang ambil berat.. =)
kawan serumah memang ada, tetapi di alam kerjaya ini, perasaan itu tidak lagi sebegitu teruja.. seronok bersama rakan serumah hanyalah seronok ketika dialam belajar.
Ya Allah.. Permudahkanlah.. pertemukan daku dengan jodoh yang sekufu, baik untukku, duniaku, akhiratku,

SK SUNGAI ANIB 1

first posting at sk sungai anib 1, wdt23, 90009 sandakan sabah.. mengajar subjek bahasa arab tahun 4 dan 5.. serta pendidikan islam prasekolah. bertambah lagi tugas sebagai Guru Kelas..5 musytari...

Wednesday, March 9, 2011

posting oh posting..................sandakan, sabah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sudah lama rasanya saya tidak menulis diblog ini, lantaran kesibukan yang melanda dan juga network coverage yang kurang memuaskan..
Tanggal 29 Januari, saya telah mendapat berita penempatan.. wah~ berdebar gementar juga suspen dibuatnya.. tut..tut.. alamak, saya ditempatkan di negeri Sabah Negeri Bawah Bayu... ( tu lah, dok cakap sangat, sekali dapat) .. terkenang kembali perbualan yang pernah diucap: dapat Sabah x pe lagi, jangan Sarawak,.. huhu tidak tahu bagaimana perasaan tika itu.. seronok, mungkin dapat berjalan di negeri orang.. sedih serta gundah untuk meninggalkan kampung halaman serta keluarga.. yelah..
Di daerah manakah bakal saya ditempatkan? wah, sungguh tidak dapat saya bayangkan.. beberapa kali saya menelefon JPN Sabah, namun tidak juga dijawab.. sehinggalah suatu hari, panggilan yang saya buat terjawab (setelah seorang kawan memberi nombor lain).. "Cik Mursyidah Binti Yahya, dari Baling , Kedah? Anda di tempatkan di daerah Sandakan.. cik jangan risau. sandakan ni ok sangat. Ada bandar besar, ada airpot. ok , selamat datang ke negeri Sabah". keterangan dari pegawai yang menjawab telefon itu, sedikit sebanyak membuat diri saya sedikit lega.
urm, tapi, di sekolah mana ya? orang lain semua sudah tahu sekolah yang mereka ditempatkan. haaa.. rahsia kerajaan negeri sabah.. kami tidak diberitahu sekolah mana bakal kami ditempatkan..
Dalam masa sesingkat tujuh hari (tolak Tahun Baru Cina=pejabat/bank tutup, tinggal 3 hari) urusan perlu disiapkan.. aduh pening juga kepala..
..........................................................................bersambung.................
sesekali, teringat pula lagu dari perlis hingga ke sebah, kita tetap berjaya... seikit catatan perjalanan persekolana saya: -pasti amal islami, ipoh, perak- sk seri kepayang, perak- sk kuala pegang, baling, kedah- MATRI, Perlis- UM nilam puri kelantan( sebulan je)- IPG Kampus Tuanku Bainun, Penang- posting SK Sungai Anib1, Sandakan , Sabah.