Sunday, August 15, 2010

-UNTUKMU SAHABAT-

-UNTUKMU SAHABAT-
Aku menadah tangan bersyukur kerana Allah telah mengurniakan sahabat kepadaku..

Ya Allah, aku mohon agar Engkau sentiasa mencurahkan RahmatMu kepada sahabatku ini..

Wahai sahabat, akan ku berjanji jika semalam aku adalah sahabatmu,

hari ini aku masih lagi sebagai sahabatmu dan jangan risau mengenai hari esok.

Aku akan sentiasa menjadi sahabatmu..

Itulah janjiku kepadamu wahai sahabatku.

Dan itulah hadiahku kepadamu, kesetiaan seorang SAHABAT..

AMIN

Thursday, August 5, 2010

Calon Suami??

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan

al Fatihah buat tok bedah

20 julai 2007(selasa)
telah kembalinya Nenda Zabidah binti Idris.
isteri kedua datukku, Hj Md Noh.
tok bedah, seorang yang ceria dan open minded. pemergiannya sangat dirasai.
apa tidaknya, Allahyarhamah masih kuat berjalan.
teringat perbualan antara mama, diriku dan tok bedah pada petang ahad 18 julai, sebelum ku melangkah pulang ke rumah sewa. sambil ku bersalaman, mama berkata, "tengok tangan tok bedah, urat biru timbul kat tangan banyak''.
"hmmm, tangan orang tua... hahaha", gelak tok bedah..
memang menjadi rutin beliau pada waktu petang, menziarah rumahku.
preh..preh.. bunyi seliparnya menapak, diikuti salam, " assalamualaikum...".
kini tiada lagi.. (terngiang2 pulak)
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman
(1/1/1927 - 20/07/2010) - Al-Fatihah
tok pon sekarang dah dhoif sangat. tidur je. dah x de daya. tok tahun ni umurnya baru 69 tahun. memandangkan ada masalah otak, mengganggu sistem saraf, terlantar.. kuasa Allah.
gambar2 dibawah ni diambil pada hari raya Aidil fitri (tahun 2008)
buat pertama kalinya Hari Keluarga haji Noh diadakan.
program ini yang diilhamkan oleh makndak siah (klate)
tok (berbaju biru) & tok Bedah (berbaju merah)
keluarga besar (anak2 dan cucu cicit HJ NOH)