Thursday, August 5, 2010

al Fatihah buat tok bedah

20 julai 2007(selasa)
telah kembalinya Nenda Zabidah binti Idris.
isteri kedua datukku, Hj Md Noh.
tok bedah, seorang yang ceria dan open minded. pemergiannya sangat dirasai.
apa tidaknya, Allahyarhamah masih kuat berjalan.
teringat perbualan antara mama, diriku dan tok bedah pada petang ahad 18 julai, sebelum ku melangkah pulang ke rumah sewa. sambil ku bersalaman, mama berkata, "tengok tangan tok bedah, urat biru timbul kat tangan banyak''.
"hmmm, tangan orang tua... hahaha", gelak tok bedah..
memang menjadi rutin beliau pada waktu petang, menziarah rumahku.
preh..preh.. bunyi seliparnya menapak, diikuti salam, " assalamualaikum...".
kini tiada lagi.. (terngiang2 pulak)
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 yg beriman
(1/1/1927 - 20/07/2010) - Al-Fatihah
tok pon sekarang dah dhoif sangat. tidur je. dah x de daya. tok tahun ni umurnya baru 69 tahun. memandangkan ada masalah otak, mengganggu sistem saraf, terlantar.. kuasa Allah.
gambar2 dibawah ni diambil pada hari raya Aidil fitri (tahun 2008)
buat pertama kalinya Hari Keluarga haji Noh diadakan.
program ini yang diilhamkan oleh makndak siah (klate)
tok (berbaju biru) & tok Bedah (berbaju merah)
keluarga besar (anak2 dan cucu cicit HJ NOH)

No comments:

Post a Comment